LAPORAN PROJEK 3, RAS-SLAAS

PROJEK LANSKAP TAMAN 

Persekitaran sekolah akan dilengkapkan lagi dengan lanskap pokok hiasan, seperti hiasan pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat, pokok pagar, pokok penutup bumi, pokok berbunga dan sebagainya.

 

Kerja kerja pembinaan lanskap kini telah mendapat kelulusan pengurusan dan perbincangan dengan PIBG untuk melakukan kerja di tapak lokasi projek.

 

Keterangan lanjut dipaparkan di bawah ini..

Gambar gotong royong perdana; click link ini.

Sekolah telah mengadakan gotong royong bersama IbuBapa & PIBG bagi membangunkan lanskap sekolah pada 26.02.2012 lalu.

Persekitaran sekolah diindahkan lagi dengan mewarnai cat baru. Laluan pejalan kaki dihiasi dengan warna bendera bumi kenyalang iaitu kuning, merah, dan hitam. Pondok bacaan pelajar dihiasi dengan warna oren & coklat, dan pagar taman lanskap dibina baru dan di cat dengan warna putih. Para ibu bapa juga memberi sumbangan tanaman hiasan di dalam pasu bunga seperti pokok renek, pokok kaktus, pokok berbunga, kepada pihak sekolah. Kerja-kerja ini dilakukan dengan bantuan penuh daripada semua ibu bapa dengan kerjasama PIBG, juga pihak bandaraya BDA yang sentiasa membantu pihak sekolah. Usaha gotong-royong dan kerjasama yang tinggi daripada mereka inilah yang menjadikan sekolah SK Kampung Jepak berwajah baru.

 

26.02.2012 Gambar Ibu bapa bergotong-royong mengecat tiang laluan pejalan kaki.

26.02.2012 Gambar Ibu bapa bergotong-royong mengecat kawasan pondok bacaan pelajar.

26.02.2012 Gambar Ibu bapa bergotong-royong menebang pokok besar.

 

Beberapa pokok besar ditebang kerana akarnya telah membesar dan menyebabkan lantai sekolah semakin meretak. Kawasan yang telah ditebang ini seterusnya digantikan dengan membangunkan taman lanskap sekolah yang dilengkapi lanskap susunan bunga-bungaan, kerusi meja batu untuk pelajar mengulangkaji pelajaran dalam suasana persekitaran berflora, dan mengekalkan suasana pembelajaran dalam taman. Berikut merupakan usaha ibu bapa dalam membina taman lanskap baru.

 

26.02.2012 Gambar Ibu bapa bergotong-royong membuat pagar bunga.

29.02.2012 Waktu GERKO; Gambar guru-guru membuat kerusi meja

 

Kerusi meja simen ferro dan pagar bunga ini akan disusun di dalam lanskap taman bacaan. InsyaAllah, menjadikan suasana susunatur tanaman lebih menarik, dan boleh digunakan untuk para pelajar duduk berehat atau membuat kerja rumah secara bersantai dan menenangkan fikiran.

 

Setakat ini binaan lanskap taman masih lagi dalam proses pembangunan mengikut jadual/ carta gant dalam jadual kertas cadangan yang telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar, Sarawak 2011. Mengikut carta gant binaan lanskap taman dijangkakan siap pada 25/05/2012.

 

Gambar di bawah contoh lanskap taman yang menjadi inspirasi pembangunan taman bacaan di SK Kampung Jepak.

26.03.2012 Gambar Lanskap Taman Bacaan sedang dibina.

Kawasan taman bacaan ini diletakkan batu dan pagar bunga di sekelilingnya. InsyaAllah, Taman bacaan ini akan dihiasi juga dengan susunan pokok renek dan pokok berbunga. Diucapkan terima kasih kepada ibubapa pelajar SK Kampung Jepak kerana ada yang telah menyumbangkan pokok bunga pada hari gotong-royong perdana lepas.

Anda boleh terus ikuti perkembangan binaan Taman Bacaan SK Kampung Jepak dari semasa ke semasa di ruangan ini.

Gambar terbaru di bawah bertarikh 23.03.2012 Jumaat

Nama *
Mesej *

Note: * Starred fields are required.

Visitors after 13.02.2012


©Hakcipta terpelihara 2013 Unit ICT Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak, Bintulu
SK KAMPUNG JEPAK (YBA9102)

KM5 Jalan Sultan Iskandar

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu
97000, Bintulu Sarawak

Tel : 086-201273/201921 Fax:086-201784

Email: skkjyba9102@gmail.com

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome & Mozilla Firefox 3.6 dengan resolusi 1024*768 keatas
Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman ini.

Newsletter