Semoga berusaha untuk kecemerlangan UPSR 2014..


Alhamdullilah. Assalammualaikum, salam perpaduan dan salam Satu Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang melayari laman web rasmi SK Kampung Jepak ini. Mudah-mudahan dengan kunjungan ini dapat memberi manfaat bersama. InsyaAllah.

En. Abdul Rahman Hj. Ismail
Guru Besar SK Kpg Jepak


SELAMAT DATANG GURU BARU APRIL 2014

 


Pada 2 April 2014, Sekolah Kampung Jepak telah menerima kedatangan 24 orang guru baharu untuk memberi perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Diharap dengan kehadiran guru baharu ini dapat menaikkan lagi prestasi pembelajaran dan sahsiah pelajar- pelajar SK KG JEPAK kearah yang lebih baik. Kepada guru baharu diharapkan kalian dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan baik serta dapat memajukan diri kearah yang lebih baiK sejajar dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. SELAMAT DATANG KE SK KG JEPAK. Together We Make Bintulu Better

Berita...

Program Transisi Tahun 1 2014

Program ini bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah atau tadika ke pendidikan formal Tahun 1 sekolah rendah.Program ini juga memastikan semua murid Tahun 1 yang datangnya daripada latar belakang,  pengalaman dan sosio ekonomi akan melakukan proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama. Keadaan sangat diperlukan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru Tahun 1 berjalan dengan lancar dan diikuti oleh muird tersebut dalam keadaan yang gembira. Majlis penutupan program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kampung Jepak bagi menandakan berakhirnya minggu transisi bagi murid-murid tahun 1. Diharap murid-murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolah.

 

KEPUTUSAN E-GTUKAR

Tahniah kepada yang berjaya dan terima kasih diatas segala bakti yang telah dicurahkan kepada warga Jepak amnya dan anak-anak didik SKKJepak khasnya. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana khidmat cikgu masih diperlukan di SKKJepak dan berilah yang terbaik untuk sesi persekolahan 2014.

-Guru Besar SK Kpg Jepak-

 

Senarai Guru Yang Berpindah:

1. Arline Bt Ag. Achi

2. Khadijah Bt Kamarul Zaman

3. Marina Bt Abdullah

4. Muhamad Fauzi B Ahmad

5. Norazlina Bt Aman

6. Shahida Bt Mohamad@Salleh

7. Jossli B Omar

 

PERASMIAN

PROGRAM BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2013

24.08.2013 Sempena sambutan bulan kemerdekaan pada bulan ogos, SK KG Jepak telah melancarkan satu program yang sangat penting iaitu PROGRAM PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN 2013 bersempena dengan sambutan KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-56. Program ini telah dirasmikan dengan penuh penghayatan oleh Tuan Guru Besar SK Kg Jepak, EN. Abdul Rahman Bin Hj Ismail, simbolik pelancaran juga telah disempurnakan oleh tuan guru besar dengan upacara menanam pokok bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan malaysia. Pelbagai program telah dirancangkan  sepanjang bulan kemerdekaan yang bermula dari 19 Ogos dan berakhir pada 16 September bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara Malaysia dan menyemai semangat patriotik bertepatan dengan tema kemerdekaan kali yang ke-56 Malaysia " MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU". Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini pelbagai program telah dirancang antaranya:

  • Pertandingan Reka Cipta Banner / Kain Rentang Kemerdekaan Antara Kelas
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Pertandingan Reka Cipta Layang-layang Kreatif dan Cantik
  • Treasure Hunt
  • Tayangan Patriotik
  • Kuiz Kemerdekaan
  • 1 Murid 1 Bendera
  • Pertandingan Nyanyian Patriotik
  • Pertandingan Action Song
 

SENTUHAN KASIH

AIDILFITRI

02.08.2013 Program Sentuhan Kasih Aidilfitri merupakan program kemuncak bagi bulan Panitia Agama Islam yang bermula pada tarikh 10.07.2013 hingga 02.08.2013. Tatacara program ini melibatkan aktiviti penyampaian cenderahati kepada para pemenang bagi setiap program yang berlangsung sepanjang bulan Panitia Agama Islam ini dan penyampaian sumbangan warga sekolah kepada mereka yang memerlukan bantuan sempena menyambut Aidilfitri akan datang. Semoga kita semua peroleh ketaqwaan didalam bulan yang penuh baraqah ini. amin.


Raikan Ihya' Ramadhan 

10.07.2013 Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan program Raikan Ihya' Ramadhan bersempena Bulan Panitia Pendidikan Islam bagi menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh penyelaras program Raikan Ihya' Ramadhan:

 

PROGRAM

PENYELARAS

TINDAKAN

Perasmian Bulan Panitia

Nur Muhd Faizal/ Mohd Nizam

Awal Ramadhan

Pertandingan Jawi Murid

Tahap 1& 2

Marina/ Salleh

Minggu Ke-2 Ramadhan

Pertandingan Jawi Untuk Guru

Nur Muhammad Faizal/ Khadijah

Minggu Ke-2 Ramadhan

Pertandingan Kad Hari Raya Gergasi

Shahira/ Mohd Nizam

Hantar Minggu Terakhir Ramadhan

Penyelaras Tadarus Al-Quran

Shahida/ Marina

 

Sepanjang Ramadhan

Penyelaras Pertandingan Hafazan

Guru Kafa

 

Minggu ke-2 Ramadhan

Penyelaras Pertandingan Bercerita Kisah Nabi

Guru Kafa

 

Minggu ke-2 Ramadhan

Pertandingan Azan

Faizal Othman/ Mohd Yusri/Mohd Ali

 

Minggu ke-2 Ramadhan

Pertandingan Mewarna Tahap 1& Pra Sekolah

Shahida / Shahira

 

Minggu Ke -3 Ramadhan

Penyelaras Majlis Penyerahan Sumbangan Anak Yatim

Nur Muhammad Faizal/ Mohd Ali

 

Minggu Terakhir Ramadhan

Program Nuzul Al-Quran

Khadijah

Minggu Nuzul Al-Quran

 


PRAUPSR 2013

07.06.2013 PRA UPSR 2013 bermula pada 09-11.07.2013 selama 3 hari. Diharapkan para pelajar dapat membuat persiapan awal dengan ilmu diajar bagi menghadapi Pra UPSR 2013 ini. Tarikh peperiksaan ini dilaksanakan serentak di seluruh bahagian Bintulu. Semoga para pelajar dicucuri rahmat & hidayah serta dipermudahkan bagi menulis jawapan yang betul. amin.


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

06.07.2013 Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 telah diadakan di Auditorium Tanjung Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu. Dengan lafaz Bissmillah majlis dirasmikan oleh YgBhg Cikgu Abdullah Bin Adam, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak. Tahniah kepada penerima-penerima APC 2012, semoga pada tahun-tahun seterusnya dapat memberi semangat dan terus berjuang dengan lebih kuat dalam menunjukkan prestasi kerja yang terbaik. InsyaAllah. Gambar...

JAMUAN PERPISAHAN & KEHADIRAN CIKGU BARU 07.2013

05.07.2013 Jamuan Perpisahan Guru & Menyambut Cikgu Baru sessi Julai 2013 diadakan di Makmal Komputer SKKJ. Jasamu dikenang buat cikgu Khairuddin AR, cikgu Norhairullah dan  cikgu Noraini. Tahniah kerana dapat berkhidmat & menabur bakti di negeri kelahiran masing-masing. Semoga berjaya selalu & berjumpa lagi. Gambar..

ANJURAN PPD BINTULU, KELOLAAN SKKJ DI KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
28.06.2013
 
Gambar-gambar pertandingan 

# PSKPP VIP Game Challenge-1,

# PSKPP VIP Game Challenge-2,

# PSKPP VIP Game Challenge-3

27.06.2013 Gambar-gambar persediaan 

# PSKPP VIP Game Challenge

PSKPP2013 VIP GAME CHALLENGE


BULAN MATEMATIK & SAINS (JUN, 2013)

16.06.2013 Perasminan pembukaan Bulan Matematik & Sains. Gambar...

11.06.2013 Tahun ini, Bulan Matematik & Sains bergabung melaksanakan aktivitinya untuk meningkatkan minat & kesedaran para pelajar SK Kpg Jepak terhadap matapelajaran ini, sekaligus dapat merialisasikan konsep pembelajaran dalam amalan kehidupan harian mereka. Aktiviti - aktiviti ini akan diumumkan pada hari perasmian pembukaan Bulan Matematik & Sains pada Isnin 17.06.2013 di waktu perhimpunan pagi. Jadual program akan dimasukkan di sini selepas perasmian tersebut. Lagi...

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2013

16.06.2013 Dalam tidak sedar hari ini merupakan hari terakhir para peserta mengikuti Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013 di Villa Mardiah, Bintulu Sarawak. Tempat yang baru dan menarik bagi para peserta dan guru sendiri yang belum pernah singgah di kawasan persingahan, melihat dan merasa sendiri suasana kehidupan di kelilingi kebun kelapa sawit. Ada mungkin terasa hati untuk datang lagi. Suasana persekitaran yang dikelilingi kelapa sawit yang luas di atas bukit menjadikan suasana permandangan yang damai, segar, luas permandangan & tenang bila melihat dan melakukan aktiviti di sini. Lagi...

GAMBAR di facebook/skkpgjepak

VIDEO di youtube 2012 tahun lepas


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (JAN-MEI, 2013)

23.05.2013 Salam perjuangan dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima pingat pada Hari Anugerah Kecemerlangan "Tahniah untukmu Sayang". Majlis ini secara langsung memertabatkan murid-murid yang berjaya dalam UP1, PKSR1 yang baru saja diduduki oleh semua pelajar pada dua minggu yang lepas. Pada akhir tahun ini, akan diadakan lagi majlis seperti ini, maka para pelajar perlulah berusaha bagi membuktikan anda boleh juga mendapatkan tempat pertama, kedua dan ketiga bagi dimertabatkan sebagai pelajar cemerlangan 2013. gambar...

Papan kenyataan Murid...

Ibubapa/ penjaga murid boleh rujuk papan kenyataan di luar bilik guru (Papan Kenyataan Murid). Ada beberapa bahagian seperti: HEM, KOKO, Akademik dan sebagainya.. termasuk memo untuk pelajar. Terima kasih..

KEPUTUSAN PELAJAR BOLEH DILIHAT secara On-Line di link ini...

INGIN tambah berita/ aktiviti kelab/ persatuan/ unit beruniform/ sukan anda di sini. Boleh hantarkan ke admin

Paparan terkini di Papan Kenyataan Murid: Bantuan pelajar KWAMP, Keputusan pelajar Thn 6 (UP1), Hanya tajuk sahaja di sini / paparan sulit. (Ibubapa/ penjaga sila datang ke sekolah, lihat di Papan Kenyataan Murid untuk maklumat lanjut..)

Ujian UKM1 PERMATApintar. Telah ditutup pada 30.05.2013. Seramai 119 pelajar Sk Kpg Jepak telah menduduki ujian ini. Keputusan akan diumumkan kemudian. Bagi yang berjaya akan menduduki saringan kedua iaitu Ujian UKM2 PERMATApintar yang akan diberitahu kelak. Kemudian yang melepasi saringan kedua akan diiktiraf sebagai Pelajar PINTAR NEGARA.


Daftarlah sebagai Rakan Alam Sekitar Malaysia.. 

Daftarlah di sini secara on-line untuk menjadi ahli 

Rakan Alam Sekitar Malaysia.

http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php

LINK UTAMA:


PAUTAN lain:

WAKTU SOLAT & RAMALAN CUACA DI SKKJ

Ramalan cuaca waktu ini di SKKJ Bintulu..

Guru yang ingin memasukkan bahan di www.skkpgjepak.com ini boleh berhubung terus dengan admin, terima kasih.

Write a comment

Comments: 0

  • loading
Nama *
Mesej *

Note: * Starred fields are required.

Visitors after 13.02.2012


©Hakcipta terpelihara 2013 Unit ICT Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak, Bintulu
SK KAMPUNG JEPAK (YBA9102)

KM5 Jalan Sultan Iskandar

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu
97000, Bintulu Sarawak

Tel : 086-201273/201921 Fax:086-201784

Email: skkjyba9102@gmail.com

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome & Mozilla Firefox 3.6 dengan resolusi 1024*768 keatas
Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari laman ini.

Newsletter